Keterangan biskut :
Almond London :
Biskut yang penuh dengan rasa badam.Biskut perisa vanila dan ditambah dengan serbuk badam dalam adunan serta berintikan sebiji almond.Disaluti dark coklat dan di hiasi dengan badam cincang.
Choc Chip Almond:
Biskut rangup yang penuh rasa coklat ditambah pula dengan coklat cip dan digaul dengan badam cincang yang kasar.
Rose Tart:
Adalah tart yang di susun didalam papercup seperti kuntuman rose.Tart berperisa strawbery kerana di intikan dengan jem strawbery.
Strawberry Carrie:
Olahan dari Mama Carrie dan diubah suai perisanya kepada strawbery dan hiasannya juga di lukis seperti sebiji strawbery.Menarik perhatian kanak-kanak di pagi raya.
Lemon Fruit Cookies:
Biskut berperisa lemon di intikan dengan kismis dan hiasi seperti sebiji lemon.Juga dapat menarik perhatian kanak-kanak di pagi raya.
Rich Chocolate:
Biskut yang sangat penuh dengan rasa coklat dengan adunan berperisa coklat.Disaluti dengan dark coklat dan diakhiri dengan hiasan coklat putih.
Tart Nenas Gulung:
Tart tradisional yang menjadi kegemaran segenap peringkat usia.Resepi original dengan kerapuhannya dan berintikan jem nenas.
Biskut Blueberry:
Biskut rangup berperisa blueberry dan dihiasi dengan jem blueberry.
Biskut BUnga Cina:
Biskut tradisional yang sangat rapuh dan menarik dengan bentuk bunga dan warna yang putih gebu dan di hiaskan dengan ceri merah.
Biskut Nestum Rangup:
Biskut yang sangat rangup di campurkan dengan nestum dan disudahkan dengan lorekkan dark coklat.
Biskut Mama Carrie:
Satu lagi biskut tradisional kegemaran golongan dewasa.
Semperit:
Biskut tradional dengan resepi original.
Square Rose:
Biskut rangup berperisa ros dan diterap segi empat dan di hiaskan dengan gula aising.
Raisin Cereal Cookies:
Biskut campuran kismis dan nestum yang sangat rangup.
Biskut Pandan:
Biskut perisa pandan hijau berbentuk daun dan dihiaskan dengan coklat putih diperisakan pandan.
No comments:
Post a Comment